kita sering mahukan hari yang CERAH...
tetapi ALLAH lebih mengetahui.....
hakikatnya HUJAN perlu diturunkan....
kita sering inginkan KESERONOKAN...
jauh sekali KESUSAHAN...
tetapi ALLAH lebih mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar erti KEHIDUPAN....
kita sering inginkan KETENANGAN...
hakikatnya diri penuh dengan DOSA & KEJAHATAN...
tetapi manusia tidak dapat lari dari KESILAPAN...
semua itu bukanlah suatu HUKUMAN...
tetapi sebagai tanda KASIH & SAYANG ALLAH agar kita lebih beriman....SUBHANALLAH..!!!

Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan..LuQmAn aL-HakIm..
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada susukmu dan hartamu, tetapi Dia akan melihat kepada hatimu dan amalanmu." (HR. Muslim)

seorang wanita umpama sekuntum bunga ditaman
segar mewangi dipelusuk dunia setulus kasih sesuci embun
lembut wanita kerana senyumannya

cekal wanita kerana beraninya
patuh wanita kerana setianya
sabar wanita kerana imannya
kasih wanita kerana belaiannya
lemah wanita kerana air matanya

ikhlas wanita kerana simpatinya
pendam wanita kerana cemburunya
sayang wanita kerana sifat keibuannya
tanpa wanita lelaki lemah.... kerana wanita lelaki kalah.....

diri kita ibarat intan berlian..lagi dijaga dan disimpan rapi..lagi tinggi nilainya..lagi mahal lah harganya...jangan biarkan diri kita seperti makanan yang dijual ditepi-tepi jalanan..terdedah dan dipegang-pegang...akhirnya menjadi rosak dan basi...

wahai puteriku sayang..peliharalah aurat dan maruah dirimu....
~ antara mutiara kata yang menjadi nadi kekuatan dan inspirasiku dalam meniti usia sebagai hambaNYA ini...~

  • "Janganlah kamu sekalian memperbanyak bicara selain berdzikir kepada Allah, sesungguhnya memperbanyak perkataan tanpa dzikir kepada Allah akan mengeraskan hati, dan sejauh-jauh manusia adalah yang hatinya keras." (HR. Turmudji)
  • jangan kamu ragu akan janji ALLAH jika belum beroleh apa yang dijanjikan, meskipun zamannya telah tertentu. janganlah keraguan itu menimbulkan kerosakan dalam mata hati kamu dan memadamkan cahaya rahsia hatimu"
  • "Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu. Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan dan keyakinan mereka di samping keimanan mereka yang sedia ada" (AL-FATH:4)

  • Berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu.[10 Wasiat Luqman Hakim ]

  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka )

Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku – seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa menginsafi kekerdilan diri.....


Istri yang kamu nikahi dalan hidupmu ini
Tidaklah semulia Khodijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun Tidaklah setabah Fatimah
Istrimu nanti hanyalah seorang wanita akhir zaman
Yang menemani perjuangan hidupmu
Yang punya cita – cita menjadi istri Sholeha

Suamimu yang akan menikahimu
Tidaklah semulia Muhammmad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidaklah setabah Ayub
Tak sebijaksana Abu Bakar
Tak segarang Umar
Tak setampan Ustman
Dan tak secerdas Ali

Suamimu hanyalah ikhwan akhir zaman
Yang akan menjadi pakaian hidupmu
Yang ingin membangun keturunan yang Sholeh
Yang bisa memberikan makan pada langit
Dengan kalimat …..LAA ILAAHA ILLALLAAH …

Ya ALLAH ……..
Teguhkanlah kami dalam mengarungi perjuagan hidup ini
Dalam menjalankan sunnah Rasul’ MU
Meniti hidup baru dengan ikatan …..
Yang Engkau muliakan dan hiasi limpahan rahmatMU…

Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian.

Ini dijelaskan dalam al-Quran, maksudnya:

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya." (Yunus:49)

Dalam menanti saat-saat kematian, kadang-kadang Allah Ta'ala telah menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda yang baik dalam mengakhiri ajal- "Husnul Khatimah" bagi orang-orang yang beriman. Fuqoha' telah menggariskan beberapa tanda-tanda "Husnul Khatimah" yang ditunjukkan oleh Allah Ta'ala berdasarkan dalil-dalil syar'ie, antaranya:

  • Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang akhir kalimatnya `Lailaha Illallah' nescaya masuk syurga."

  • Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Satu hadis menceritakan bahawa sahabat Rasulullah iaitu Baridah bin Khasib r.a pernah mendengar Rasulullah bersabda ketika beliau melawat saudaranya sakit. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi."

  • Mati di malam Jumat atau harinya, kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur."

  • Mati syahid di medan perang, iaitu orang yang berjihad menegakkan agama Allah.

Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Orang yang mati syahid itu lima, orang yang mati sakit taun, mati sakit perut, mati ditenggelami air, mati ditimpa kemalangan dan mati syahid di medan perang jihad pada jalan Allah."

  • Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit- birit. Hal ini berkaitan dengan gambaran hadis rasulullah s.a.w yang bermakud:

"Orang yang terbunuh kerana berjuang di jalan Allah mati syahid, perempuan yang mati dalam nifas mati syahid, orang yang mati ditenggelami air mati syahid, orang yang mati kerana cirit-birit mati syahid dan orang yang mati sakit perut mati syahid."

  • Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas, kerana dinyatakan oleh bebrapa hadis. Di antaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya (menurut satu riwayat yang lain, sesipa yang dicerobohi hartanya dengan cara yang tidak benar lalu ia menentangnya, lalu ia mati) maka dia mati syahid."

  • Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa, di antara dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan keluarganya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan agamanya ia mati syahid dan siapa yang mati mempertahankan darahnya ia mati syahid."

  • Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam. Diantara dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Setiap yang mati ditamatkan amalannya kecuali orang yang mati bertugas di medan perjuangan pada jalan Allah, maka sesungguhnya amalan bertambah- tambah sehingga hari kiamat dan ia akan diamankan dari fitnah kubur."

  • Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang berkata `Lailaha Illallah' kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga, sesiapa yang berpuasa satu hari kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga."

Demikian beberapa alamat Husnul Khatimah yang bakal menanti saat kematian manusia. Tanda Husnul Khatimah ini akan dikurniakan oleh Allah Ta'ala kepada sesiapa sahaja dikalangan hambaNya. Mudah-mudahan Allah Ta'ala mengurniakannya kepada kita, Amin


kaulah mawar idaman
tumbuhmu ditaman larangan
mekarmu di pagari dan di bajai ketakwaan
sesucinya hatimu seindah akhlakmu
diciptakan sebagai seorang wanita
mewarisi kelembutan wanita solehah

kembangmu tetap indah
walau cuma di taman larangan
menyinarkan nur keimanan
nan mekar dihiasi mahmudah
seindah mawar berduri....


selagi kita menjadi KHALIFAHTULLAH di bumi
selagi KALAMULLAH sentiasa di hati
selagi KITABULLAH sentiasa di bibir
insyALLAh...NUSRAH ILLAHI akan bersama kita selamanya


Dlm hati manusia terdapat kekuatan,
Tidak terurai melainkan dgn menerima kehendak ALLAH swt..

Dlam hati manusia terdapat keganasan,
tidak hilang kecuali berjinak dengan ALLAH swt..

Dalam hati terdapat kesedihan,
tidak hilang kecuali dengan seronok mengenal ALLAH swt dan baik muamalah denganNya..

Dalam hati terdapat kegelisahan,
tidak tenang @ damai kecuali berjumpa dgnNya & lari menujuNya..

Dalam hati terdapat api penyesalan,
tidak padan kecuali redha dengan suruhanNya, laranganNya, QadhaNya dan sentiasa sabar sehingga menemuiNya..

Dalam hati terdapat hajat,
tidak terbendung kecuali dengan Kecintaan kpd Nya, memohon kpdNya, sentiasa berzikir kkpdNya dan keikhlasankpdNya. Andai dunia & seisinya diberi, tidak akan dapat membendung hajat hati si insan ini..

moga insan itu adalah kita....


Gadis : Kenapa Islam mewajibkan penganutnya bertudung, menutup bahagian tubuhnya?

Ustazah : Adakah saudari pernah berkunjung ke kedai menjual barang perhiasan?

Gadis : Ya, tapi kenapa?

Ustazah : Adakah pernah perhatikan di mana disimpannya barang perhiasan yang paling mahal?

Gadis : Tentulah di dalam kotak besi atau peti simpanan khas....

Ustazah : Apakah barang itu dipertontonkan kepada sesiapa sahaja atau yang melalui kedainya?

Gadis : Tentu sekali tidak....

Ustazah : Itulah bandingan arahan ALLAH supaya menutup aurat, tubuh badan manusia bukanlah barangan yang boleh diperlihatkan sesuka hati kepada sesiapa sahaja yang mahukannya, malahan ia adalah barang bernilai tinggi yang mesti dijaga mutunya dengan mengikut arahan ALLAH supaya aurat itu ditutup.....

p/s : kepada diriku dan muslimat sekalian.....sama-samalah kita menghargai dan menjaga mahkota kewanitaan yang telah ALLAH anugerahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya.....


ORANG yang ditimpa sesuatu bencana hendaklah tabah menghadapinya. Ia adalah ketentuan dan ujian Allah kepada umatnya. Ada banyak hikmat di sebalik sesuatu ujian atau dugaan yang diberikan Allah kepada umat manusia.

Rasulullah menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu, antaranya:

Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi berkata, bahawa kedua-duanya masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Dia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan', dan Allah berfirman kepada malaikat penulis amal orang itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia berkeadaan sihat." (Imam Ahmad)

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah dia memohon dengan berkata: 'Ya Tuhanku, hidupkan aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "Kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya.

~ sentiasalah redha dgn apa jua ujian yg mendatang...dan pohonlah kekuatan agar tetap berada di jalanNYA dalam apa jua keadaan ~


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:" Ada 4 wanita mulia yang juga penghulu segala wanita. Mereka itu ialah Asiah Bt Muhazim ( isteri Firaun ), Maryam Bt Imran ( bonda Isa al-Masih ), Khadijah Bt Khuwailid ( isteri Rasulullah saw ) & Fatimah Bt Muhammad ( puteri kesayangan Rasulullah saw ).
( Riwayat Bukhari )



1. Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah swt meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya Firaun yang tidak beriman kepada Allah swt.

2. Maryam adalah simbol wanita yang dalam ibadah dan tinggi darjat ketaqwaannya kepada Allah swt serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah swt.

3
. Khadijah pula adalah simbol isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta , rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan di bahu Rasulullah saw.

4.Fatimah. Beliau adalah lambang pelbagai dimensi wanita solehah: anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat terhadap suaminya serta ibu yang bijaksana untuk putera-puterinya. Beliaulah mendahului segala wanita dan seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya sewajarnya dijadikan ikutan para muslimah.


Pada suatu hari,seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama Abdullah ibnu Masu'd.Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masu'd:"Wahai ibnu Masu'd,nasihatilah aku dgn sesuatu yg dpt meredakan kegelisahanku.Buat masa ini,jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut,tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."

Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawab:"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tmpt.

Pertama; ke tmpt org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain.

Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkan kamu kpd Allah.

Ketiga; kamu mencari satu waktu yg sunyi,contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu.

Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran,mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrg ini bukan hatimu."

Setelah mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd,lelaki itu pun kembali ke rumahnya.Beliau terus berwuduk dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk.Selesai membaca al-Quran,dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang,fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.

Wallahua'lam.


Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."

10 PINTU SYAITAN ROSAKKAN MANUSIA

Syaitan adalah musuh yang nyata kepada umat Islam. Makhluk yang dilaknat oleh Allah SWT ini akan sedaya upaya berusaha untuk merosakkan anak-anak Adam agar terjerumus ke kancah dosa.Terdapat 10 pintu atau sikap manusia yang dapat dijadikan sebagai jalan masuk untuk merosakkan manusia.Semoga kita dapat mengambil ikhtibar daripadanya dan berusaha untuk menutup pintu-pintu tersebut dari bersarang di hati kita.AMIN....


PINTU 1:MELALUI SIFAT SOMBONG & ANGKUH

Firman Allah SWT “Janganlah engkau memiringkan pipimu ke arah manusia kerana kesombongan dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan riang kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang suka berlenggang ketika berjalan kerana sombong dan bermegah-megah.”(Lukman : 18)

PINTU 2: MELALUI SIFAT KEDEKUT & BAKHIL.

Firman Allah,“Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendak-Nya(menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian)” Al-Israk : 30)

PINTU 3: MELALUI SIFAT TAKBUR YG HADIR DLM DIRI SESEORANG

Firman Allah, “Sesungguhnya Dia tidak meyukai orang-orang yang takbur.” (An-Nahl : 23)

PINTU 4: MELALUI SIFAT RIAK & SUKA DIPUJI.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tiga perkara yang membawa kecelakaan ialah orang yang kikir dan disegani, orang yang mengikut hawa nafsu, dan bangga dengan diri sendiri.”

PINTU 5: MELALUI HASAD DENGKI & IRI HATI TERHADAP ORG LAIN

Rasulullah bersabda, “Hindarilah kamu perbuatan hasad kerana dapat memakan amalan kebaikan kamu seperti api yang memakan kayu yang kering.”

PINTU 6: MELALUI SIFAT YG SUKA MEMANDANG RENDAH & REMEH KPD ORG LAIN

Abu Umaimah pernah meriwayatkan, “Tiga orang yang tidak boleh dibina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu dan imam yang adil.”

PINTU 7: MELALUI SIFAT BANGGA DIRI & UJUB

Allah berfirman, “Janganlah engkau mengikut orang yang hatinya kami lalaikan (butakan daripada peringatan kami sdang dia mengikutn kemahuan bahawa nafsunya dan adalah perbuatan itu melebihi yang patut.” (Al-Kahfi : 28)

PINTU 8: MELALUI SIFAT SUKA BERSENANG-LENANG

Menurut Imam Ahmad yang diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Muaz Bin Jabal, “Janganlah kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-lenang sahaja.”

PINTU 9: MELALUI SIFAT SUKA BERANGAN-ANGAN & PEMALAS

Sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang pekerja apabila ia berbuat sebaik-baiknya.” (Riwayat Ahmad)

PINTU 10: MELALUI SIFAT SUKA BERBURUK SANGKA

Rasulullah bersabda, “Nanti akan ada orang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudahrosak.Sebenarnya orang yang berkata itulah yang paling rosak.” (Riwayat Muslim)

SEWAKTU Nabi Daud memberikan pelajaran akhlak kepada muridnya, masuk seorang lelaki yang memakai jubah putih, menyebarkan aroma yang wangi.

Lelaki berjanggut itu datang sambil mengucapkan salam kepada Nabi Daud, tetapi beliau tidak menghiraukannya dan tidak juga menjawab salam orang itu.

Nabi Daud terus menyampaikan pelajaran kepada muridnya tanpa menoleh sedikit pun kepada orang itu. Lelaki itu segera menunaikan solat sebagaimana yang disyariatkan pada waktu itu. Dia melaksanakan sembahyangnya dalam waktu yang lama, dengan rukuk dan sujud yang panjang. Selesai sembahyang, orang itu berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangannya dan dengan suara penuh harap sambil menangis.

Nabi Daud tetap meneruskan pengajarannya, tanpa memberi perhatian kepada lelaki itu untuk berkenalan. Dia juga tidak memberi kesempatan kepada muridnya untuk mengambil perhatian kepada orang itu.

Melihat keadaan demikian, muridnya kurang senang dengan sikap Nabi Daud. Mereka menganggap Nabi Daud tidak memberikan contoh baik dalam menghormati tamu.

Lelaki berdoa panjang dengan penuh tangisan selepas sembahyang. Dia kemudian keluar dari tempat peribadatan itu, selepas meminta diri dengan mengucapkan salam. Namun Nabi Daud tetap tidak menaruh hormat sedikit pun kepada orang itu.

Selepas Nabi Daud mengakhiri pelajarannya mengenai akhlak baik, seorang muridnya bertanya kepada beliau: “Wahai Nabi Allah, bolehkah saya bertanya? “Ya, silakan,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata : “Bukankah Nabi mengajarkan kepada kami bagaimana cara untuk menghormati tamu?”

“Betul,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata: “Tetapi mengapa engkau sebagai seorang guru tidak memberikan perhatian atau menghormati tamu yang datang pada waktu engkau sedang memberikan pelajaran?” Nabi Daud menjawab: “Aku tidak memberikan sedikit pun perhatian kepadanya kerana tamu itu tidak mempunyai akhlak baik.

“Ingatkah bagaimana caranya untuk memasuki majlis ketika guru mengajar. Mula-mula dia perlu melangkah dengan kaki kanan terlebih dulu sebagai tanda menghormati tempat ibadah ini. Kemudian dia sepatutnya tidak mengucapkan salam terlebih dulu , melainkan langsung duduk ikut mendengarkan pelajaran.”

Salah seorang murid mencelah : “Mungkin tetamu itu belum mengetahui tata cara memasuki suatu majlis pengajian seperti ini.”

Nabi Daud menjawab : “Tetapi jubah dan serbannya menunjukkan seolah-olah dia itu orang alim. Apakah layak jika memang dia itu orang yang alim, tidak mengetahui sopan santun dan tata cara memasuki tempat peribadatan dan majlis ilmu?

“Orang seperti itulah yang akan menjatuhkan agama kita. Ini kerana penampilannya tidak sesuai dengan sikapnya dalam menjalankan agama.”

Muridnya berkata lagi: “Tetapi kita melihat bahawa orang yang berjubah itu tadi melaksanakan sembahyang dengan lama sekali, bagaimana dengan itu?” Nabi Daud menjawab: “Itulah tanda kepalsuannya. Dia hanya ingin menunjukkan kesolehan kepada kita semua, pada hal dia sebenarnya bukan orang soleh. Dia melakukan sembahyang buat kita, bukan bagi Tuhan.”

Seorang muridnya bertanya: “Tetamu tadi juga berdoa dengan panjang sambil menangis, bukankah itu menunjukkan kealimannya.”

Nabi Daud menjawab: “Apakah doa yang panjang itu menjamin keikhlasan hatinya?

“Bukankah Tuhan lebih menyukai doa yang khusyuk dan penuh keyakinan kepada-Nya. Kalau dia ingin menangis, tidak selayaknya di depan kita.

“Menangislah dengan penuh kesedihan di depan Allah ketika sendirian dalam sembahyang malam pada waktu semua makhluk sedang tidur dengan lelap hingga mereka tidak melihat tangisan itu kecuali Tuhan.”

Seorang murid bertanya: “Bukankah wajahnya begitu bersih laksana wajah orang yang sangat ikhlas. Pakaiannya bersih serba putih melambangkan keikhlasan hatinya. Bukankah dia itu orang yang bertakwa.”

Nabi Daud menjawab: “Takwa itu tidak dilihat daripada rupa dan wajah seseorang, juga tidak dilihat daripada pakaian seseorang.

“Tuhan hanya melihat hati manusia dan menilai dari amal perbuatannya.

“Adakah amal perbuatan dan sikapnya sehari-hari sesuai dengan hukum syariat dan akhlak. Manusia itu tidak dihargai daripada kulitnya, melainkan dinilai daripada isi dan mutu kemanusiaannya yang diukur dengan pelaksanaannya terhadap hukum

kita bukan jerung mengejar tenggiri di lautan
kita bukan layang-layang terputus talinya
kita bukan bahtera terapung tanpa nakhoda
kita bukan camar yang sesat mencari jalan pulang dilewat senja
kita bukan pelukis melukis segala kekecewaan semalam
kita bukan pengemis meminta sedekah di tepi jalan
kita bukan pemburu mengesan jejak yang hilang
kita bukan pengail menanti ikan dalam berdiam diri
Tapi....
kitalah pelangi yang melingkari langit selepas gerimis berlalu pergi
kita seharusnya berusaha untuk menjadi seorang khalifah yang berjaya dunia dan akhirat!!!