Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan kepujian selain dari ALLAH kerana semua nikmat dan pemberian itu datangnya daripda ALLAH semata-mata. Sebagai tanda kesyukuran kepada ALLAH, kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepada-NYA serta meletakkan keyakinan kepada ALLAH dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah...
Rasulullah bersabda yang bermaksud, " Sesiapa yang diberi satu kebaikan hendaklah mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi, itu dianggap sebagai kufur nikmat " (Riwayat At-Tabrani)
Suburkan budaya bersyukur dalam masyarakat dengan menyedarkan diri dan orang lain untuk menghargai keamanan , tidak lupa daratan, tidak menyalahgunakan kemewahan yang dianugerahkan, hindari maksiat dan gejala tidak sihat yang mengakibatkan kecelakaan pada diri sendiri , keluarga dan masyarakat. Ini kerana semua ini adalah tanda kufur terhadap nikmat ALLAH...
...::...bersama muhasabah diri...::...