Ya ALLAH...ku mohon petunjuk dariMu dlm apa jua yg aku lakukan...

Ya ALLAh....ku mohon jangan Kau biarkan nafsu & syaitan mempengaruhi gerak hati & keputusanku.....

Ya ALLAh.... pinjamkan daku kekuatan serikandi2 islam ....dlm mengharungi liku2 kehidupan yg sementara ini....

Ya ALLAH....lapangkan dadaku....permudahkan segala urusanku...agar sentiasa dlm redhaMU...
berikalanlah ketenangan di hati ini....supaya hati ini tahu bahawa Engkau sentiasa disisi ku...dlm apa jua keadaanku.......

ampunkan diri ini Ya ALLAH....ampunkan Ya ALLAH....
sesungguhnya....hanya padaMu tempat aku mengadu & memohon segalanya.....


- DuRRah Mohsin -
- Ahad, 9.53 p.m-


Semalam yang berlalu,
Seakan ada yang ingin kutinggalkan,
Kelukaan, kesedihan dan kepedihan,
Kugumpal menjadi satu,
Kualirkan bersama waktu yang berlalu.

Pergilah,
Jangan lagi pernah kalian hadir,
Mengocak tenangnya damai kalbu.

Tuhan,
Berikan kami bahagia,
Berikan cerita gembira,
Tenang jiwa dalam pelukan kasihMu,
Dijalan penuh berliku.

Mohon wahai tuhan,
Luruskan langkah kami,
Agar teguh menapak,
Kukuh berlari,
Meredah onak berduri,
Tanpa peduli,
Perjalanan ini.

Berikan kami cahayaMu, Mohan kami pimpinanMU...

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.






Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positifJangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci mindaPaling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makananjangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat

**Jangan bertangguh lagi.. Jom kita sama-sama mengamalkannya smiley-wink

Setiap saat ku lalui hidupku bersamamu ibunda,
Ku rasakan ketenangan dan kenyamanan,
Menyusahkan dirimu menjadi kebiasaan,
Namun kau tetap tersenyum riang.

Saat ku masih kecil,
Ku ganggu tidurmu dengan tangisan nakal ku,
Ku sibukkan harimu dengan merawatku,
Namun kau tak pernah mengeluh.

Dan disaat ku beranjak remaja,
Di saat ku sedang mencari jati diriku,
Kau selalu hadir dengan ketegasanmu,
Yang kau balut kasih sayang dan cinta kepadaku.

Namun saat ku beranjak dewasa,
Aku mengecewakanmu,
Ku musnahkan impianmu,
Namun kau tetap tersenyum padaku.

Padahal ku tahu hatimu menangis,
Kau begitu hebat bunda,
Kau biarkan hatimu menangis,
Hanya kerana kau tak mahu melihat diriku bersedih.

Melihat diriku terpukul dengan kegagalanku mewujudkan impianmu,
Dari kecil hingga dewasa tak pernah sekalipun permintaanku kau abaikan,
Dan keinginanku selalu kau kabulkan,

Ya ALLAH…
Panjangkanlah umur bundaku,
Kerana ku masih membutuhkannya,
Ku ingin mewujudkan impiannya,
Walau diriku pernah mengecewakannya.

Ya ALLAH...
Hambamu memohon kepadamu,
Jikalau engkau memanggil bundaku tercinta,
Ku mohon padamu Ya Rabbi,
LindungiLah bunda dari api siksamu,
Seperti dia melindungiku selama ini.

Dia membesarkanku dengan izinmu,
Dan disaat kau panggil bundaku,
Kumohon izinmu Ya Rabbi,
Untuk bundaku memasuki syurgaMu.