Kepada yang mengenali diri ini..andai pernah terluka dengan kata-kataku..perbuatanku..apa jua kesilapanku...ku ingin memohon berbanyak ampun dan maaf..sebagai manusia biasa..diriku tidak lari dari melakukan kesilapan..dan tiada manusia di dunia ini yang sempurna selain Nabi Muhammad S.A.W...

sebagai manusia biasa jg..ku sering mengharapkan teguran dan nasihat dari kalian untuk memperbaiki diri menjadi insan yang cemerlang dan gemilang seiring dengan kehendak agama..

percayalah bahawa hati ini jujur dalam persahabatan dengan kalian...dan semoga ALLAh akan memberkati ukhwah yang terjalin ini...amin...

akhirulkalam..saya mengundurkan diri buat seketika..insyaALLAh jika diizinkanNYA..kita akan bertemu kembali....doa daripada kalian amat saya harapkan...(",)..

bersama meningkatkan amal..memperbaharui iman dan menghiasi akhlak...(^__^)
Ibu...
seluas lautan nan sayup mata memandang
setinggi langit nun di kejauhan
selembut bayu yang menghembus
sesejuk air di telaga zam-zam
seputih hamparan kaps memutih di awan
itulah KASIHmu ibu...
Ibu...
ibu mithali
terlalu pengasih dan penyayang
tanpamu oh ibu
siapalah diri ini di alam fana
Ibu...
pengorbananmu
tak terbalas oleh anakmu ini
biar seluruh dunia ini kugadaikan
tapi...
tidak kudapati kasih semurnimu oh ibu
Ibu...
kaulah syurga anak-anakmu
kasihmu abadi sehingga ke akhir hayat
oh Ibu
aku pasni menemanimu selalu
kasihmu ibu kusanjungi
sehingga ke hujung dunia
hingga akhir nanti
Ibu...
kaulah segalanya
pembimbingku...
dan mengajarku erti kesabaran
kemuliaan hatimu ibu tiada sempadan
oh Ibu
kaulah ratu di hatiku...
:: NuKiLan Khas Buat Bonda yang amat kusayangi..RaiHaNah Hj OthMan...jua didedikasikan buat allahyarhamah HjH.RaMiNaH BinTi BakRi..seMoGa RahMat ALLAH sentiasa memayungi..AMIN ::

tika ini...

langkah terasa payah..

nafas terasa lelah..

hati teramat gelisah..

menghadapi ujian yang Maha Esa...


kalbuku..

yakinlah pada janji Ar-Rahim..

kau tak pernah sendiri..

tidak mungkin jua terasa sunyi..

mustahil jua tandus tanpa cinta..

kerana kasihNYA sentiasa ada buatmu..


nuraniku..

tabahla dalam menjamah getir ujian buatmu..

teguhla kau terus berdiri..

kerana kau pasti mampu hadapinya..

itu janji tuhan yang Esa..


penawar..

biar perih terasa mengejar cinta yang Esa..

dari terleka mencari fatamorgana yang fana..

berimanlah terbaik untukmu..

segala tersurat sudah..

kerana Dia Khalidmu..

maha mengetahui segala sesuatu..

pasti ada sebab setiap kisah hidupmu..




Di sebalik redup mata mu

Tersimpan satu rahsia

Yang terbuku diruangan hatimu
Di sebalik senyumanmu

Tersirat simpulan

Deritanya hanya kau yang tahu


Kau setia menanti
Kau setia mengharungi


Biarpun ribut badai melanda

Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu

Kau tetap di sisi


Setia mu kuhargai

Kaulah isteri yang ku sanjungi

Kerana kaulah bidadari

Yang Bersemi dihati


Ku doakan agar kau kan bahagia

Ku doakan agar tiada lagi derita

Moga Tuhan kan merahmati mu

Di syurga yang selayaknya

Untuk seorang isteri yang setia


nyanyian : kump.Wildan

SIRI BICARA TOKOH

PENCERAMAH :DR.DANIAL ZAINAL ABIDIN
(tokoh motivasi,pakar sains&islam,doktor perubatan)

TAJUK : QURAN SAINTIFIK ---->Kecemerlangan Quran daripadan Perspektif Sains.

TEMPAT : Masjid Taman Sri Pulai Perdana,Skudai.

TARIKH : 17 MEI 2008

ATUCARA : selepas maghrib - persembahan multimedia Sains & Islam
: selepas isyak - ceramah

ANJURAN BERSAMA : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Daerah Johor Bahru & Masjid Taman Sri Pulai Perdana

*** semua dijemput hadir *** termasuk non-muslim***



Ya Allah,

Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,

Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,

Harum wanginya dengan ilmu agama,

Cantiknya kerana iman dan taqwa,


Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi

Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,

Bukan perhatian mata ajnabi,

Yang menjadi punca fitnah hati,


Ya Allah,

Timbulkanlah duri yang memagari diri,

Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,

Yang akan menghilangkan keharuman sejati,

Yang akan memudarkan kecantikan diri,


Disebalik kekurangan yang tercipta,

Bukanlah alasan untuk bermuram durja,

Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,

Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,

Tetap menyinar walau di lumpur hina,

Tetap berharga walau dimana saja,

Buat ummah dan juga keluarga,


Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,

Yang menjadi impian setiap muslimah,

Yang indahnya bukan untuk lelaki,

Tapi permata buat yang bernama suami...

aku merenung di dada langit
menatap malam cerah disinar bulan
walaupun tanpa disinar bulan
namun cahayamu menyimbah ke wajahku..
aku termangu sendiri
meratap rindu kepada kekasih
betapa mampu kubisikkan rasa
ratapan rindu di bawah sinar rembulan
bilakah kita bertemu kembali
saling mencurah rindu terpendam
mengungkap kata mengatur bahasa
menyalur rasa penuh beradab
alangkah bahagia tika kita
bersama sujud di sepertiga malam
mengadu cinta kepada yang satu
meluah harapan membina cita...
Setelah Al-Haris bin Amr, Raja negeri Kandah hendak berkahwin dengan anak perempuan Auf Bin Muhlim Asyaibani, diarahkan utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:

" Wahai anakku!Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu
Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya
Tetapi!Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman untuk yang berakal
Andai ibu bapamu dapat memberikan segala-galanya
Nescaya tidak perlu bagimu seorang suami

Tetapi!
Wanita diciptakan untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita
Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru
Yang belum kau kenal yang belum kau biasa
Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Tentunya suamimu
Jadi teman yang paling setia

Bawalah wasiat dariku
sepuluh sifat Sebagai bekalan perjalananmu Menuju alam bahagia.
Relakan dirimu sekadar yang ada
Semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulurkan tanganmu tanda mahu berganding bahu
Jauhkan dirimu dari segala yang jelek
Yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu
Agar tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar
Secerah suria pagi
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan

Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri Itu membangkitkan berahiDan...
Air cukup memada Bagi yang tiada
Jaga masa makannya
Jaga waktu tidurnya Kerana,Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada
Kunci mulutmu Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat Jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu dikala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu dikala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebab pertama keruh suasana
disebab kedua Hulurkan tanganmu....Andai kau menghulur sebelah tangan Nescaya dia menghulurkan kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan
Ketahuilah!Kasihmu tidak sampai kerana Jika hatimu berdua tidak sejiwaKasih kau,
kasihlah dia Benci kau, bencilah dia Allah saja yang menentukan nasibmu.....
Kau bawalah wasiatku ini dan sampaikan salamku kepada suamimu"

Begitulah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah mencapai kedudukan yg mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi 7 orang anak lelaki, yang kesemua mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman setelah pemerintahan bapa mereka.

Sumber : Panduan Fardhu Ain Lengkap; Abu Al-Baqir

AKHWAT SEJATI…Akhwat sejati bukanlah dilihat dari wajahnya yang manis dan menawan, tetapi dari kasih sayangnya pada karib kerabat dan orang di sekitarnya. Pantang baginya mengumbar aurat, dan mempamerkannya kepada siapapun, kecuali pada mahramnya. Dia senantiasa menguatkan iltizam dan azam-nya dalam ber-ghadul bashar dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lembut dan mempesona,tetapi dari lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang senantiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yang memahami dan merasakan betul bahwa Allah swt senantiasa mengawasi segala tindak-tanduknya.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari liuk gemulainya kala ia berjalan, tetapi dari sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan. Dia yang senantiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan siapapun, dimanapun dirinya berada. Tak ada perbendaharaankata “cemburu buta” dalam kamus kehidupannya. Dia senantiasa merasacukup dengan apa yang Allah swt anugerahkan untuknya, juga atas nafkah yang diberikan sang suami kepadanya. Takpernah menuntut apa-apa yang tidak ada kemampuan pada sang qowwam di tengah keluarga. Sabar adalah aura yang terpancar dari wajahnya. Sifat tawadhu’adalah pakaian yang senantiasa dia pakai sepanjang perguliran zaman.

Akhwat sejati bukanlah dilihat daribagaimana dia menghormati dan menyayangiorang-orang ditempat kerja (wajihahdakwah), tetapi dari tatacaranyamenghormati dan menyayangi siapapun dandimanapun tanpa memandang status yangdisandangnya. Dia yang dilihatmenyejukkan mata dan meredupkan apiamarah. Baitii jannatii selalu berusahaia ciptakan dalam alur kehidupan rumahtangga. Totalitas dalam menyokong dakwahsuami dan berdarmabakti mengurusgenerasi penerus yang berjiwa Rabbani

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. : "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah s.a.w. ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from e-Fuse) Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a mid-afternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.'

Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi s.a.w. rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. (Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

sumber: cyberdigest