Di sebalik redup mata mu

Tersimpan satu rahsia

Yang terbuku diruangan hatimu
Di sebalik senyumanmu

Tersirat simpulan

Deritanya hanya kau yang tahu


Kau setia menanti
Kau setia mengharungi


Biarpun ribut badai melanda

Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu

Kau tetap di sisi


Setia mu kuhargai

Kaulah isteri yang ku sanjungi

Kerana kaulah bidadari

Yang Bersemi dihati


Ku doakan agar kau kan bahagia

Ku doakan agar tiada lagi derita

Moga Tuhan kan merahmati mu

Di syurga yang selayaknya

Untuk seorang isteri yang setia


nyanyian : kump.Wildan