Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:" Ada 4 wanita mulia yang juga penghulu segala wanita. Mereka itu ialah Asiah Bt Muhazim ( isteri Firaun ), Maryam Bt Imran ( bonda Isa al-Masih ), Khadijah Bt Khuwailid ( isteri Rasulullah saw ) & Fatimah Bt Muhammad ( puteri kesayangan Rasulullah saw ).
( Riwayat Bukhari )



1. Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah swt meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya Firaun yang tidak beriman kepada Allah swt.

2. Maryam adalah simbol wanita yang dalam ibadah dan tinggi darjat ketaqwaannya kepada Allah swt serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah swt.

3
. Khadijah pula adalah simbol isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta , rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan di bahu Rasulullah saw.

4.Fatimah. Beliau adalah lambang pelbagai dimensi wanita solehah: anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat terhadap suaminya serta ibu yang bijaksana untuk putera-puterinya. Beliaulah mendahului segala wanita dan seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya sewajarnya dijadikan ikutan para muslimah.