Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :
  • Sebelum khatam Al Qur'an,
  • Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir
  • Sebelum para muslim meredhai kamu,
  • Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah :
  • Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
  • Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  • Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
  • Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid,bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"