lautan cintanya pada Rabb Izzati cinta teragungnya
debar rindunya hanya pada Jannatul Firdaus
tempat kembali yang sangat indah
maka kami adalah yang paling setia
mengiringi hidupnya di dunia ini
Zauj idaman kami....
hidupnya untuk Islam
setiap detik hidupnya hanya untuk
menegakkan daulah islamiah di bumi Allah
setiap peluh yang menitis hanya kerana
memperjuangkan kelestarian Islam agar terpelihara
maka kami adalah yang paling berbangga
menjadi srikandi kepada seorang yang
bergelar mujahid
Zauj idaman kami....
jihadnya untuk Islam
setiap darah yang mengalir
pasti kerana tekad untuk memelihara kesucian Islam
syahidnya kerana Islam
maka kami adalah yang amat beruntung
memiliki kekasih yang gagah sepertinya
Zauj idaman kami....
wajahnya sentiasa dibasahi wudhuk yang sempurna
bibirnya sentiasa dihiasi dengan zikir padaNya
setiap tutur kata bermanfaat buat kami dan semua
maka kami adalah yang paling bahagia
dinaungi seorang yang bijak laksana
Zauj idaman kami....
penglihatannya sentiasa dipelihara
menjauhkan kebatilan dari dirinya
hanya memandang kepada yang hak daripadanya
dia melindungi dan menyayangi
atas rasa tanggungjawab pada amanah yang dianugerahkan
dia menegur dan menasihati
dengan tulus dan ihsan
agar mendapat mardhatillah
maka kami adalah yang paling bertuah
dapat mengasihi seorang mukmin soleh sepertinya
Zauj idaman kami....
berusaha memperelokkan diri
dengan ilmu dan pengetahuan
agar semakin petah berbicara
agar menjadi da'ei yang berhikmah
sentiasa berusaha menghiasi diri
dengan untaian taqwa
qiamullail memang tradisinya
solat sunat menjadi kegemarannya
tilawah Quran ibadah kesukaannya
maka kami adalah yang paling beruntung
mendapat bahagian dalam doanya
Zauj idaman kami....
dirimu permata gemilang
yang bakal menyerikan dan mewarnai hidup kami
kami adalah yang paling bersyukur
kerana menjadi permaisuri mahligaimu insya Allah,
kami akan menjadi penyokong setiamu
dalam memperjuangkan kalimah Allah di
muka bumi ini
kerana dirimu adalah
KEKASIHKU, MUJAHIDKU.
>>>> TinTaKu<<<<