Alhamdulillah...inilah kalimah lazim yang terbit dari mulut andai kita beroleh apa-apa anugerah. Bersyukur adalah tindak balas yang baik sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.

Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan kepujian selain dari ALLAH kerana semua nikmat dan pemberian itu datangnya daripda ALLAH semata-mata. Sebagai tanda kesyukuran kepada ALLAH, kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepada-NYA serta meletakkan keyakinan kepada ALLAH dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah...

Rasulullah bersabda yang bermaksud, " Sesiapa yang diberi satu kebaikan hendaklah mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi, itu dianggap sebagai kufur nikmat " (Riwayat At-Tabrani)

Suburkan budaya bersyukur dalam masyarakat dengan menyedarkan diri dan orang lain untuk menghargai keamanan , tidak lupa daratan, tidak menyalahgunakan kemewahan yang dianugerahkan, hindari maksiat dan gejala tidak sihat yang mengakibatkan kecelakaan pada diri sendiri , keluarga dan masyarakat. Ini kerana semua ini adalah tanda kufur terhadap nikmat ALLAH...

...::...bersama muhasabah diri...::...