Cinta lelaki selalunya manis
Cinta lelaki sukar meminta maaf
Cinta lelaki mudah diagih-agihkan
Cinta lelaki susah dipamerkan

Cinta wanita selalunya pahit
Cinta wanita selalunya kudus
Setia dan romantis
Cinta wanita pandai memujuk
Cinta wanita sanggup terseksa
Jika terdera
Bila dipujuk mudah lupa

Cinta Sejati tidak bertambah dengan kebaikan
Cinta Sejati tidak bertambah dengan kekayaan
Cinta Sejati tidak berkurang dengan keburukan
Cinta Sejati tidak berkurang dengan kemiskinan
Cinta Sejati tak pernah terancam
Cinta Sejati tak pernah curiga

Tapi
Selalu berwaspada
Selalu bersangka baik
Selalu bermaaf-maafan
Tanpa perlu dipohon
Cinta Sejati tanpa bersyarat
Kalau bersyarat tak kekal lama
Cinta Sejati tidak pohon dibalas
Kerana
Semua itu tak kekal lama
Cinta Sejati pertimbangan adil
Cinta Sejati mendidik anak berjiwa nabi
Cinta Sejati semakin tua semakin sayang

Apa rahsia Cinta Sejati?
Agama dijunjung
Syariat disanjung
Pasaknya iman
Ketetapan hanya pada Tuhan Rabbul Izzati

:: KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi...::

:: kesan daripada sifat-sifat takwa (hati yg takut pada Allah), seseorang itu tidak akan menganiayai sahabatnya sendiri dan mempersiakan amanah/kepercayaan yg diberi ::

“Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.” (Al-Hajj : 38)

:: Dalam menghadapi hari-hari sekarang,kadangkala kita di uji dengan 1001 ujian yang menuntut kecekalan dan ketabahan hati.Ujian yang diterima cukup untuk membuatkan kita patah semangat,hilang keyakinan diri,mudah berputus asa,terkeliru dari tujuan asal dan amat memeritkan hati dan perasaan ::

:: Tiada manusia yang sempurna dan terlepas dari kesilapan. Tetapi manusia itu punyai hati, perasaan insaf (conscience - sense of right and wrong) dan jalan ikhtiar untuk memperbaiki diri jika berlaku kezaliman. Orang mukmin menyelesaikan masalah atau konflik dengan akhlak yang mulia. Tiada keadilan apabila ‘habis madu sepah dibuang‘. Berusahalah dengan hati yang ikhlas, jika sahabat tidak menghargai diri kita, bertawakkallah & doakan dirinya. Hanya Allah yang akan memberi petunjuk dan pertolongan. Ujian kehidupan di dunia yang fana’ ini akan menapis teman-teman yg benar2 jujur terhadap diri kita ::

:: Wanita itu ibarat epal,
Epal yang buruk mudah gugur dan senang dikutip,
Sedangkan epal yang baik dan bernilai,tinggi tempatnya dan sukar tangan menggapainya,
Namun begitu epal itu risau kenapalah diriku belum dipetik,
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi,
Sedangkan Allah jadikan ia begitu tinggi martabatnya,
Sebenarnya epal itu terlalu tinggi sifatnya,
Sehingga tiada siapa yang berani memetiknya,
Melainkan lelaki yang benar-benar hebat sahaja yang berjaya memetiknya...
Wanita yang solehah yang akan menghiasi "RAUDHATUL JANNAH ::

>>> wahai tuhan yg Maha pengasih..ampunilah segala dosaku dan kembalikan diri ini kpd fitrah insani...amin...<<<