ADUHAI PUASA,
pada hari ini aku terpaksa berlapar dahaga kerana mu,
Akan tetapi...
Lapar dan dahaga ini hanyalah sedikit
Jika hendak dibandingkan dengan
kelaparan yang bakal ditanggung di dalam neraka
sekiranya aku tidak boleh bersabar dalam menjalani mu

ADUHAI TERAWIH
setiap malam,peluh menitik membasahi tubuh ku
kerana kehangatan berdiri lama mengerjakanmu
Namun,
Alangkah sedikitnya kehangatan ini
jika dibandingkan dengan kepanasan padang mahsyar
yang mana matahari berada sejengkal di atas kepala ku

ADUHAI TAHAJJUD
alangkah beratnya lambungku untuk dipisahkan
daripada tempat tidurku yang empuk
semata-mata untuk mengerjakanmu..
Namun...
alangkah menyesalnya aku
jika tidurku di dalam kubur sering terganggu
kerana tiada tahujjud yang mengahalang
seksaan munkar dan nakir

ADUHAI MANUSIA
alangkah bahagianya
ornag-orang yang tetap tekun dan sabar dengan amalan ini
Allah swt telah hiaskan syurga khas untuknya
Allah swt telah jauhkan dirinya daripada neraka
keampunan dan keredhaan Allah
yang diharapkan oleh setipa manusia
sentiasa bersama-sama dengannya
di dunia dan di akhirat...
Assalamualaikum w.b.t....



seJuta HaraPan Hanya padaMU Ya ALLAH...(",)

Ramadhan Al Mubarak semakin hampir dengan kita. Sudah tentunya, kita mengimpikan agar Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya.

Jika sebuah kereta mahu mencapai prestasi yang tinggi, enjinnya haruslah dipanaskan terlebih dahulu sebelum perjalanan dimulakan. Begitulah juga dengan iman kita. Syaaban adalah masanya untuk ”memanaskan” enjin rohani dan fizikal kita untuk beribadat dan beramal dengan sungguh-sungguh pada bulan Ramadhan nanti.

Justeru, untuk mendapatkan prestasi amal yang “umphh..” semasa Ramadhan nanti (supaya amal dapat bertahan dari hari #1 sehingga hari #30) :) , perlulah untuk kita berusaha untuk meningkatkan iman yakin kita kepada Allah swt.

Apabila datang YAKIN pada kekuasaan Allah swt, maka, akan datang YAKIN pada janji Allah swt. Apabila hakikat yakin pada Allah swt telah menusup ke dalam hati, maka datanglah hakikat CINTA kepada Allah. Apabila cinta telah hadir, maka akan datang ke TAATan kepada perintahNya.

Seorang pujangga pernah bermadah;

“Seorang kekasih akan mentaati orang yang dikasihinya”

Saya menyeru diri saya sendiri agar berusaha sungguh-sungguh pada bulan ini untuk memantapkan iman..ayuh bersama sahabat..!!!!



Wahai mujahidah,
Bila ku melihat semangatmu yang berkobar-kobar
Hatiku pun ikut tercabar
Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu

Kental semangatmu tidak disangsi
Tidak mengenal apa erti putus asa
Setiap kekurangan cuba kau perbaiki
Setiap kelemahan cuba kau atasi
Setiap kesilapan cuba kau hadapi

Aku bangga melihatmu
Seorang mujahidah yang berjuang
Demi untuk menolong Tuhanmu
Dan menjunjung sunnah Nabimu

Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi
Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri
Usahkan mundur
Setapak pun tak mungkin berundur
Sucinya hatimu wahai mujahidah

Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu
Ikhlas kau salurkan untuk-Nya
Keyakinanmu untuk mengembalikan
Islam kembali Pasti menjadi realiti
Hakikat itu pasti terjadi

Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian
Untuk menatap saat-saat kegemilangan
Namun itu bukan penghalang bagimu
Perananmu sudah kau laksanakan
Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya
Berusahalah dan teruslah berusaha
Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya

Usah disesali harta yang telah kau infakkan
Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan
Keyakinan terhadap janji Tuhanmu
Penawar bagi segala kedukaanmu

Syurgalah tempatmu
Istanamu teguh berdiri di sana
Para anbiya dan sahabat teman bicaramu
Pakaian indah pembalut tubuhmu
Makanlah dan minumlah semahumu
Semua untukmu Hanya untukmu
Yakinlah wahai mujahidah tercinta
DenGan GemerLap & BerSinaRnya H.A.T.I ...maKa LahirLah KebaiKan ...
DenGan GeLapnya H.A.T.I...maKa LahiRlah KeJaHatan...
ApaBiLa Manusia Telah MenGeNaLi H.A.T.I nya...Maka dia aKan KenaL diRinya...maKa aKan menGenaL TuhaNnya...

- Imam Al-GhaZaLi r.h -


:: Program bakal menyusul ::

- Kursus Kepimpinan di Kluang 9 - 10 JuLai 2010 -
- Ujian Ke-2 baGi pelaJar SRIH bermula 19 Julai 2010-

semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan & sentiasa mendapat keberkatanNYA..ameen...

:: KeeP SiLenT for a while :: MuTiaRa 86 ::

“Jom pergi dengar ceramah”, ajak seorang rakan kepada rakannya yang lain.

“Tak nak lah..Setakat dengar ceramah je nak buat apa. Nak sembahyang? Sembahyang kat rumah pun boleh kan?” jawab rakannya tadi.

Sedih.

Sedih mendengarkan alasan itu. Itulah hebatnya Allah SWT, hanya Dia-lah sahaja yang mampu untuk menggerakkan hati manusia seperti saya dan anda untuk menuju redha-Nya. Namun, hidayah daripada Allah SWT bukannya alasan untuk tidak mencari keimanan kepada-Nya.

“Jom kita puasa”, kata seseorang kepada rakan karibnya.

“Hehe.. Hidayah Allah tak sampai lagilah. Tak sampai seru, dah sampai nanti aku puasa la. Jangan risau, nanti aku puasa tiap-tiap hari..huhu“, jawab rakannya dengan selambernya.

Apakah perasaan anda jika mendengar kata-kata seperti itu? Mungkin kemarahan akan menjelma ketika itu bukan? Sabarlah dan terus bersabar. Seorang da’ie tidak mengenal erti putus asa. Bukan kejayaan yang Allah lihat, tetapi kesungguhan yang tidak mengenal erti putus asa itulah yang menjadi perhatian Allah SWT. Lagi dan lagi berusaha berdakwah.

TAKUT DIDAKWAH?

“Panas.. Panas!! Aku tak boleh dengar lagu-lagu nasyid ni. Aku jadi terbakar nanti!”, kata seorang teman kepada saya suatu ketika dahulu.

Terbakarkah apabila mendengar ayat-ayat Allah? Hanya syaitan sahaja yang lari bertempiaran apabila mendengar ayat-ayat Allah SWT. Mengapa pula apabila mendengar frekuensi yang ‘lebih hangat daripada biasa’ tidak terbakar pula? Kita sengaja meletakkan Allah itu jauh dari diri kita, kerana itulah kita sukar mendapatkan-Nya.

Kebiasaannya, dakwah adalah satu perkataan yang sangat ditakuti. Kebanyakan orang akan mentafsirkannya atau menyamakannya dengan gerakan pencegah maksiat. Pernah suatu ketika saya ke pusat bowling dengan memakai kopiah, ramai yang menjauhkan diri kerana takut melihat saya dan takut saya ber’ceramah’ kepada mereka, walhal saya mahu bermain bowling sahaja. Waduh..

Sabda Nabi Muhammad SAW adalah benar iaitu di akhir zaman, sesiapa yang membawa Islam akan diherdik dan dikatakan pelik.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Benar. Islam sudah dikira dagang (pelik dan asing). Orang bersolat dikatakan jumud. Orang menutup aurat dikatakan ketinggalan zaman dan tidak mengikut fesyen semasa. Itulah yang berlaku sekarang, beruntunglah orang-orang yang ‘pelik’ itu.

LAYAKKAH KITA BERDAKWAH?

“Kau pun banyak buat dosa, nak dakwah orang pulak!”

“Kau nasihatkan orang, tapi buat jugak!”

“Kita bukan ulama, mana boleh cakap hal-hal agama ni!”

Kata-kata yang biasa kita dengar dan mungkin juga kita yang menyebutnya. Benar. Kita bukanlah seorang alim atau ulama yang mempunyai ilmu yang menggunung dalam bidang agama, kita insan yang dahagakan ilmu agama sebenarnya. Tetapi agama itu nasihat, semua yang kita tuturkan (yang baik) adalah dakwah. Janganlah menyebut soal hukum yang berat-berat, kerana bukan di bawah bidang kuasa kita, hanya sekadar ilmu yang kita tahu dan sebutlah berkenaan akhlak, adab dan hal-hal lain yang simple-simple sahaja (mengikut tahap ilmu).

Bukankah Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa sesiapa yang mengucapkan syahadah, maka dia adalah seorang pendakwah? Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan agama walaupun sepotong ayat. Dakwah orang biasa jangan disamakan dengan pendakwah bertauliah, jika disamakan, maka ramailah yang tidak mahu berdakwah nanti.
Dakwah yang paling mudah ialah menunjukkan akhlak yang baik. Insya-Allah semua mampu melakukannya. Tiada alasan untuk tidak berdakwah dan janganlah menyempitkan makna dakwah itu sendiri. Saya dan anda adalah pendakwah dan orang yang didakwah kerana ianya proses mengenal TUHAN. Nabi Musa a.s yang mempunyai kelebihan untuk bercakap terus dengan Allah SWT pun ditarbiyah oleh Allah SWT. Ini menunjukkan manusia ini perlu sentiasa didakwah, ditarbiyah dan ditazkirah.

“Allah berfirman “Aku sepertimana sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Dan Aku akan bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku di dalam dirinya, Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari”

(Hadis Qudsi Riwayat Bukhari)

Walaupun kita tidak mahu berubah, tetapi sekurang-kurangnya tetapkan di dalam hati yang kita mahu ditarbiyah dan mahukan agama kerana ianya pintu hidayah kepada kita. Seperti Saidina Umar r.a yang memerangi Islam dan Nabi SAW. Akhirnya beliau memeluk Islam kerana hatinya terbuka mahukan agama.

Bacalah dengan niat untuk mendapat manfaat. Insya-Allah kita akan berada dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa ingat dan saling memperingati. Ingatlah, kita akan didakwah dan berdakwah!



WaniTa ibarat BunGa....

cantik indahnya pada pandangan mata hanyalah sementara...

yang kekal jadi pujaan manusia...hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...kerana akhlak itu umpama bunga diri.....

tiada guna berwajah cantik...tetapi akhlak buruk...

tiada guna juga berwajah cantik..tetapi hati kosong dari ilmu....

ibarat bunga....

ada yang cantik bila dipandang...tetapi busuk baunya...

ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan....

ada juga bunga yang tidak cantik pada pandangan mata kasar....tetapi bila dihalusi dengan mata hati...ternyata amat tinggi nilainya...(",)

Moga diriku seperti Khadijah..Masyitah..Aisyah..Muthiah dan Ainul Mardhiyah..!! Ana ingin menjadi bunga idaman IsLam (",)